top of page

INFO MASJID

Kenali Masjid Kita Cintai Masjid Kita

Pada 05 Februari tahun 2009, Almarhum Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah pada masa itu telah berkenan menyempurnakan Majlis Perisytiharan Daerah Pokok Sena , Kedah.

 

Dengan pengistiharan ini, Masjid An Nur secara rasmi dinaiktaraf sebagai masjid daerah bagi daerah Pokok Sena. Justeru peranan dan fungsi masjid telah berubah sebagai pusat kegiatan dan aktiviti Agama Islam yang terpenting dalam daerah ini.

Pembukaan Pajabat Agama Daerah Pokok Sena yang terletak berhampiran dengan Masjid An Nur :Pokok Sena juga menjadikan Masjid ini sentiasa mendapat perhatian dari Institusi yang mengawal selia urus tadbir Agama Islam di negeri Kedah Darul Aman ini.

Kepadatan penduduk yang semakin meningkat setiap tahun dan pembukaan kawasan penempatan yang baru menyebabkan peranan dan fungsi masjid ini semakin mencabar. Justeru, pelbagai aktiviti dan perancangan telah dibuat bagi memastikan ketinggian Syiar Islam dalam daerah Pokok Sena sentiasa berada pada martabat yang tertinggi.

 

MASJID AN NUR POKOK SENA

bottom of page